Saturday 27 February 2016

Pelangi

Balik kepada Tuhan,
Hati yang hitam sewajarnya menjadi kelabu,
Yang tidak sempurna,
Putih bukan aku,
Hitam hampir sebati, sebelum terlambat lebih baik bertaubat.

Saat Tuhan menarik pelangi dariku,
Tanda Tuhan rindu denganku,
Doa yang lama tidak diminta berlalu begitu sahaja,
Tikar solat kembali menjadi temanku,
Sambil menyesali tindakan tanpa akal ibarat haiwan tanpa perasaan.

Mencari diriku yang sebenar,
Jika benar dia jodohku yang pernah aku doa sejak 7 tahun lepas,
Kenapa aku tidak percaya pada Tuhan saat Dia menarik pelangi dariku?
Mungkin hikmah padaku saat Dia menarik sebentar pelangiku.
Kerana aku sedar aku lupa diri di Bumi yang nyata.

Dek kerana mengikut nafsu haiwan yang datang dari syaitan,
Aksara penyesalan yang kutulis buatnya kini tidak bermakna lagi,
Meskipun ku letakkan harapan aku pada Tuhan yang Maha Esa.

Saturday 20 February 2016

I Write This For Her

Susah kalau aku nak cakap. Nukilan yang aku tulis ni sebenarnya memang untuk dia. Aku sayang dia sangat-sangat. Ya, 7 tahun aku dengan dia dan aku masih lagi sayang dia sampai sekarang. Maybe setiap hari aku akan update blog ni. Aku mintak macam-macam pendapat tentang hubungan aku. Ada yang tak boleh pakai langsung. Sebabnya ada suruh aku tinggalkan dia pulak. Memang taklah.

Selama aku dengan dia, aku bahagia dengan dia. Sangat. I mean, sangat bahagia. Sebab dengan dia aku belajar erti kasih sayang dan cinta sejati. Aku dah janji dengan diri aku yang aku akan kahwin dengan dia. Kenapa aku tulis blog ni? Sebab aku nak pastikan yang aku tak akan buat kesalahan yang sama lagi.

Kesalahan yang aku jangan buat pada dia sesekali ialah jangan menipu dia.
Yang kedua, jangan ada perempuan lain.
Yang ketiga, jangan buat dia sedih.
Yang keempat, jangan buat dia marah.
Yang kelima, jangan cuba menggatal dengan perempuan lain.

Aku banyak buat salah dengan dia. Ya banyak sangat. Dia tetap tahan dan sayang aku. Betapa beruntungnya aku ni.

Aku nak dia jadi isteri aku.

Mirza Danish, ingat ni, bila kau baca benda ni balik pastikan yang kau dah memiliki dia sebagai seorang isteri.

Nur Hidayah Bt. Md Zin nama dia.