Saturday, 27 February 2016

Pelangi

Balik kepada Tuhan,
Hati yang hitam sewajarnya menjadi kelabu,
Yang tidak sempurna,
Putih bukan aku,
Hitam hampir sebati, sebelum terlambat lebih baik bertaubat.

Saat Tuhan menarik pelangi dariku,
Tanda Tuhan rindu denganku,
Doa yang lama tidak diminta berlalu begitu sahaja,
Tikar solat kembali menjadi temanku,
Sambil menyesali tindakan tanpa akal ibarat haiwan tanpa perasaan.

Mencari diriku yang sebenar,
Jika benar dia jodohku yang pernah aku doa sejak 7 tahun lepas,
Kenapa aku tidak percaya pada Tuhan saat Dia menarik pelangi dariku?
Mungkin hikmah padaku saat Dia menarik sebentar pelangiku.
Kerana aku sedar aku lupa diri di Bumi yang nyata.

Dek kerana mengikut nafsu haiwan yang datang dari syaitan,
Aksara penyesalan yang kutulis buatnya kini tidak bermakna lagi,
Meskipun ku letakkan harapan aku pada Tuhan yang Maha Esa.

No comments:

Post a Comment